Niaga AWANI: Belanjawan 2024: Langkah tidak populis demi kemampanan fiskal
Oct 16, 2023, 01:34 AM
Mulai tahun hadapan, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa. Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion. Bagaimana ia akan memberi impak kepada rakyat dan pasaran? Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi padangan beliau.