MIHAS 2023 | Inovasi produk teknologi UPM ke arah pensijilan halal

Sep 15, 2023, 01:40 AM

Appetit yang mula berada dipasaran pada November 2020 merupakan salah satu hasil inovasi teknologi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Kumpulan penyelidik dari syarikat start-up Proville Tech Sdn Bhd di bawah InnoHub Putra Science Park (PSP), UPM berjaya menghasilkan produk inovasi di bawah jenama Appetit iaitu aiskrim premium yang berkualiti tinggi dan rendah lemak.