Peniaga optimis, sentimen keyakinan perniagaan meningkat

Aug 30, 2023, 02:03 AM

Peniaga meramalkan keadaan perniagaan yang bertambah baik untuk suku tahun ketiga 2023 dengan petunjuk keyakinan positif iaitu 0.7 peratus berbanding -3.1 peratus pada suku tahun kedua 2023. Ia disokong antaranya termasuk kestabilan pasaran pekerjaan, peningkatan dalam pelancongan domestik dan jangkaan yang lebih optimis dalam industri pelancongan kesihatan.