Kadar faedah AS kekal: Apa impak kepada Malaysia?
Jun 16, 2023, 02:10 AM
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat atau The Fed semalam mengambil langkah untuk mengekalkan kadar faedah, namun memberi isyarat menerusi unjuran baharunya bahawa kos pinjaman mungkin masih perlu dinaikkan sebanyak separuh mata peratusan menjelang akhir tahun ini. Bagaimanapun, apa impak yang mungkin dirasai Malaysia susulan keputusan itu?