Niaga AWANI: Dagangan berhati-hati dilihat di Bursa Malaysia minggu ini

Jun 12, 2023, 02:02 AM

Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati pada minggu ini menjelang keputusan mengenai kadar faedah di Amerika Syarikat pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur tempatan akan turut memantau langkah-langkah rangsangan China untuk membantu memulihkan keyakinan pelabur.