Niaga AWANI: Ringgit diniaga cenderung menaik berbanding dolar as minggu ini

Apr 17, 2023, 02:30 AM

Ringgit dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik berbanding dolar AS minggu depan, bergerak dalam julat 4.3750 hingga 4.4000. 

Dolar AS dijangka diniagakan rendah pada masa depan berikutan jangkaan yang meningkat terhadap pemberhentian kitaran kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah tanda-tanda inflasi yang semakin mereda.