Niaga AWANI: Tiga daripada lima rakyat Malaysia bimbang hilang pekerjaan - Randstad

Apr 13, 2023, 01:35 AM

Pekerja di Malaysia menyuarakan kebimbangan tentang kestabilan kewangan dan pekerjaan mereka berlatarkan ekonomi yang semakin lemah, sarat dengan penstrukturan semula perniagaan di seluruh dunia, meningkatkan kos operasi serta kadar faedah yang tinggi, menurut kajian Randstad Malaysia.

Randstad dalam kenyataan berkata, sebanyak 60% responden dalam tinjauan bimbang kehilangan pekerjaan mereka.