Teknologi | Kerjasama DoctorOnCall dan BUMITRA

Jun 15, 2022, 05:44 AM

Platform kesihatan digital Malaysia, Health Digital Technologies Sdn. Bhd. (DoctorOnCall) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA Malaysia) untuk memudahkan dan meningkatkan proses vaksinasi kesihatan dalam kalangan jemaah Malaysia yang merancang untuk menunaikan ibadat haji atau umrah di Arab Saudi.

Platform itu akan disediakan kepada jemaah yang membuat rancangan melakukan ibadat haji atau umrah dengan mana-mana agensi pelancongan di bawah BUMITRA yang mengambil bahagian.