AWANI Pagi: Spilt Gravy: Penantian berakhir selepas 11 tahun

Jun 11, 2022, 01:27 AM

Pada asalnya filem itu diklasifikasikan sebagai tidak sesuai untuk tayangan (TUT) oleh LPF sehingga perlu melalui beberapa kali proses olahan semula sebelum diberi kelulusan tayangan pada 20 Mac 2020.

Bagaimanapun, tarikh tayangannya terpaksa ditunda lagi akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu.

Bagi berkongsi ranjau, liku tetapi akhirnya mendapat berita gembira apabila filem ini lulus tayangannya, di studio kami ada Pengarahnya, Datuk Zahim Al Bakri.