Invest ASEAN | Dasar monetari kekal akomodatif bagi ekonomi negara

Jun 09, 2022, 03:25 AM

Dasar monetari Malaysia kekal akomodatif bagi ekonomi negara cuma tidak pada tahap yang diperlukan seperti semasa kemuncak pandemik.

Ini kerana kenaikan perlahan-lahan kadar dasar semalaman (OPR) daripada paras terendahnya pada 1.75 peratus kepada 2.0 peratus akan membolehkan pasaran menyelaras dengan sewajarnya.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata keadaan Malaysia berbeza dari negara lain dan penting untuk menormalkan kadar faedah bagi merangsang ekonomi.