Cerita Sebalik Berita: Kemeriahan Tadau Kaamatan dari Penampang

May 31, 2022, 09:54 AM

Selepas dua tahun tidak disambut berikutan SOP yang ditetapkan akibat COVID-19, hari ini seluruh penduduk Sabah tanpa kira bangsa dan agama hadir memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisan Cultural Village, Penampang.

Dan kalau anda nak tahu, pesta yang dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Penampang ini diibaratkan pusat yang mana sambutannya setiap tahun cukup meriah sekali kerana ia menjadi sambutan peringkat tertinggi iaitu peringkat negeri.