Cerita Sebalik Berita: Program Infaq serikan Ramadan di Johor

Apr 19, 2022, 11:30 AM

Kita masih lagi ingin membawa tema Ramadan dalam cerita untuk petang ini.

Ramadan adalah sebaik-baik bulan untuk merebut dan meraih 'bonus khas' yang tidak terdapat dalam bulan lain.

Antara amalan yang boleh kita raih bonus atau pahala ramadan itu adalah dengan bersedekah.
Untuk jam ini, saya ingin bersama dengan Siti Nur Aqilla Omar, wakil Astro AWANI Johor yang baru sahaja menghadiri Program Infaq 2022 roti john & minuman kepada golongan memerlukan di Johor bahru, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Johor.