Cerita Sebalik Berita: Manfaatkan kemanisan Ramadan

Apr 19, 2022, 11:29 AM

Bersempena dengan memperingati Hari Nuzul Al-Quran yang jatuhnya pada tanggal 17 Ramadan hari ini, saya ingin menyentuh atau menyingkap serba sedikit tentang kemanisan Ramadan yang boleh kita manfaatkan tahun ini.

Jika kita lihat semula dua tahun sebelum ini, kita berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan program seperti mengimarahkan masjid itu tidak dapat dilaksanakan susulan pandemik COVID-19.

Banyak pahala puasa yang boleh kita kejar kali ini. Petang ini, kita ingin bersama dengan pendakwah agama, iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman yang sudi bersama kita untuk menyingkap kemanisan Ramadan yang boleh kita umat Islam manfaatkan, seiring dengan kelonggaran dan kebenaran di bawah fasa peralihan ke endemik ini.