Porsche-Sime Darby | Kedudukan strategik, hubungan erat jalin kerjasama

Apr 04, 2022, 04:23 AM

Kedudukan Malaysia di tengah wilayah Asia Pasifik yang mempunyai pasaran luas dilihat sesuai sebagai strategi pertumbuhan dan pengukuhan bagi pengeluar kereta Jerman, Porsche AG. 

Menurut Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev Von Platen, kerjasama erat dan kukuh bersama Sime Darby Berhad juga merupakan antara faktor mengapa Malaysia dipilih untuk menjalankan operasi pemasangan tempatan (CKD) yang pertama di luar Eropah. 

Ikuti laporan yang disediakan wartawan Hafizi Rosli.