Cerita Sebalik Berita: Tinjauan | Pembukaan pintu sempadan Malaysia-Thailand
Apr 01, 2022, 12:57 PM
Berbeza dengan situasi di pintu masuk selatan negara, keadaan di pintu masuk bahagian utara tanah air di Bukit Kayu Hitam sedikit lengang dengan jumlah kemasukan sejak lima jam selepas pintu sempadan dibuka hanyalah sekitar 20 orang rakyat Malaysia yang berada di Thailand memasuki negara, manakala rakyat Thailand yang memasuki Malaysia hanya 10 orang.