Niaga AWANI: Malaysia 2022 | Ekonomi dua tahun selepas COVID-19

Dec 23, 2021, 02:32 AM

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.8 peratus tahun hadapan disokong pemulihan permintaan luaran dan domestik, demikian menurut edisi terkini World Bank Malaysia Economic Monitor: Staying Afloat.

Pengarah Negara Bank Dunia Bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand, Ndiame diop, berkata namun begitu unjuran tahun hadapan itu kekal diselubungi beberapa risiko penurunan termasuk varian baharu COVID-19, pertumbuhan global dan serantau yang lemah daripada jangkaan.