Niaga AWANI: Malaysia 2020 | Pasaran buruh pasca pandemik
Dec 21, 2021, 04:54 AM
Bilangan penganggur di Malaysia menurun 3.4 peratus kepada 705,000 orang pada Oktober tahun ini daripada 729,600 orang pada bulan sebelumnya, susulan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan kembali beroperasi, menurut statistik tenaga buruh Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh jabatan perangkaan Malaysia itu, bilangan penduduk bekerja meningkat 0.6 peratus bulan ke bulan kepada 15.55 juta orang pada Oktober berbanding 15.46 juta orang pada September dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk meningkat 0.3 mata peratus kepada 65.8 peratus. Prof Madya Dr Yusof Saari, Pakar Ekonomi.