Niaga AWANI: PRN Sarawak | Belia Asajaya mahu lebih banyak peluang pekerjaan
Dec 01, 2021, 02:58 AM
Tiada pusat kemahiran dan kilang memaksa para belia di Dewan Undangan Negeri (Dun) Asajaya memilih untuk berhijrah ke bandar-bandar besar.
Rata-rata anak muda yang ditemui Astro AWANI mahu perkara ini ditangani kerajaan sekali gus menjadi agenda utama wakil rakyat yang dipilih selepas 18 Disember 2021 nanti.
Pewujudan kilang dan pusat kemahiran itu mampu mengelak para belia berhijrah ke bandar berdekatan seperti Kuching, Samarahan, Sibu dan Waima ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru.