Niaga AWANI: Bajet 2022 | Digitalkan Malaysia

Nov 05, 2021, 05:18 AM

Digitalisasi menjadi fokus utama dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan Bajet 2022.

Ini selepas pengalaman ketika pandemik COVID-19 yang melanda negara sehingga menyaksikan adaptasi lebih pantas oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta rakyat Malaysia terhadap teknologi serta digitalisasi.

Membincangkan perkara tersebut, Niaga AWANI bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadzir Aziz.