Niaga AWANI: Isu peningkatan kadar urbanisasi, impak alam sekitar sosial dibincang dalam City Expo Malaysia 2021

Oct 06, 2021, 01:39 AM

Pameran Maya City Expo Malaysia 2021 akan berlangsung pada 8 November ke 8 Disember ini. Antara isu yang akan dibincangkan termasuk kadar urbanisasi Malaysia yang merupakan antara yang tertinggi di Asia pada 77.2% dan dijangka mencecah 88.0% pada 2050.
Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli membincangkan bersama Presiden, Malaysian Institute of Planners, Datin Noraida Saludin dan Pengarah, City Expo Malaysia 2021, Imran Clyde tentang cabaran berdepan bandar di serata dunia dan impak peningkatan kadar urbanisasi kepada alam sekitar dan sosial.