Niaga AWANI: Moody’s | Amerika Latin akan dahului Asia Tenggara susulan penularan varian Delta
Sep 10, 2021, 02:48 AM
Peningkatan varian Delta akan jadikan Asia Tenggara sedikit ke belakang berbanding Amerika Latin. Menurut laporan Moody’s Analytics, penularan varian Delta di Asia Tenggara dan langkah kawalan yang diambil kerajaan akan berikan kesan kepada pemulihan, berbanding pendekatan ‘buka ekonomi tanpa kira kesan’ di Amerika Latin. Risiko kesihatan awam dan politik kekal untuk kedua rantau ini. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pakar Ekonomi, Moody’s Analytics, Jesse Rogers dalam Niaga AWANI.