MIHAS 2021 | Tingkat peluang PKS menerusi digitalisasi industri halal

Sep 08, 2021, 02:36 AM

Produk halal serta perkhidmatan berasaskan prinsip syariah dalam pasaran kian bertumbuh sejajar dengan pertumbuhan industri halal global, yang diunjurkan mencecah RM10 trilion.
Kelompok pengguna kini yang kian peka terhadap produk beretika dan mampan adalah positif bagi pasaran halal.
Saksikan rakaman temubual saya bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Sharimahton Mat Saleh, untuk membincangkan prospek dan strategi Pameran Perdagangan Halal MIHAS tahun ini terutama untuk PKS.