AWANI Pagi: Menjelang pembentukan Kabinet baharu
Aug 23, 2021, 01:27 AM
Tumpuan minggu ini terarah kepada pengumuman pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik Sabtu lalu.
Ini termasuk pelaksanaan titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, supaya perdana menteri yang dilantik perlu secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengesahkan keabsahan beliau mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.
Antara yang menjadi perbincangan hangat sejak pelantikan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera itu ialah individu yang bakal menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.
Ia berkisar sama ada jawatan itu akan diwujudkan atau tidak seperti mana ketika pada awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional, PN.