Niaga AWANI: Lalamove | Ambil peluang pendigitalan penghantaran 'on-demand' untuk transformasi perniagaan

Aug 13, 2021, 03:25 AM

Dengan kebanyakan orang tinggal di rumah dan perniagaan berdepan cabaran akibat pandemik COVID-19, trend penghantaran digital 'on-demand' seperti Lalamove dilihat terus meningkat dalam jangka masa ini. Bagaimanakah PKS dapat terus meningkatkan peluang perniagaan mereka, di tengah tempoh mencabar ini untuk meneruskan operasi perniagaan mereka melalui penghantaran ‘on-demand’ Lalamove? Apakah peluang yang wujud dengan kerjasama ini dan bagaimanakah Lalamove sokong PKS terutamanya semasa musim puncak? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, Jane Teh.