AWANI Pagi: Segerakan Vaksinasi Ibu Mengandung

Aug 11, 2021, 01:23 AM

Kehamilan adalah satu detik indah yang berharga dan tidak dapat dilupakan oleh setiap wanita bergelar ibu.
Namun, pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini menyebabkan ramai wanita hamil mendapati mereka berada dalam situasi mudah terdedah kepada bahaya.
Di sini kita nak mengupas mengenai kepentingan menyegerakan vaksinasi kepada ibu ibu mengandung dan untuk memahami apa yang berlaku sekiranya ibu -ibu ini tidak dilindungi.
Baik kita terus bersama Pakar Obstetrik & Ginekologi & Feto-Maternal / Pakar Perunding & Pensyarah Pelawat UITM, Prof Dr Jamiyah Hassan.