Politik | Ke mana hala tuju politik negara?

Aug 03, 2021, 11:58 PM

Episode image
UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung selama maya hari ini.

Katanya, MT UMNO sepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin.