[TERKINI] Sidang media bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Jul 22, 2021, 08:37 AM

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis.

Ahli Parlimen Muar itu membuat pengakuan tersebut dari kandang tertuduh dalam prosiding yang bermula pukul 9 pagi ini.