Niaga AWANI: Bekerja Dari Rumah: Apakah yang boleh bantu pekerja dengan efektif?
Jul 20, 2021, 01:43 AM
Laporan terkini Randstad dedahkan 55% pekerja percaya pengalaman bekerja mereka dengan majikan ketika ini memotivasikan mereka untuk kekal di syarikat yang sama untuk jangka panjang. Namun, 37% dedah yang mereka sukar untuk capai keseimbangan antara kerja dan kehidupan. 30% lagi dedahkan bekerja di luar pejabat jadikan produktiviti mereka bertambah buruk kerana tekanan yang dihadapai ketika pandemik ini. Apa yang boleh dilakukan majikan untuk sokong pekerja yang bekerja dari rumah? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Operasi Randstad Malaysia, Fahad Naeem dalam Niaga AWANI.