[TERKINI] SOP penerima lengkap dua vaksin diumum selepas Aidiladha

Jul 19, 2021, 04:39 AM

Kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin COVID-19 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ini kajian secara teliti sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sebelum dibentangkan kepada kerajaan. 
Pada sidang media di MINDEF, TPM turut ulas beberapa isu lain termasuk ordinan darurat.
Laporannya bersama Fareez Azman.