Niaga AWANI: COVID-19 | Adakah Juwai IQI akan semak unjuran? Apakah trend pasaran hartanah?
Jul 14, 2021, 02:44 AM
Harga rumah di Malaysia dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang dan terus melonjak 12 peratus bagi tempoh 12 bulan berikutnya, didorong unjuran yang lebih baik. Menurut Juwai IQI pada awal Julai, unjuran bagi pasaran hartanah kediaman Malaysia semakin baik. Namun adakah situasi COVID-19 semasa akibatkan Juwai IQI semak kembali unjurannya? Apakah trend yang dijangka bergerak ke hadapan? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan, Daniel Ho.