Niaga AWANI: Apa peluang dan cabaran perbankan digital di tengah pandemik?
Jul 07, 2021, 02:19 AM
Bank Negara pada awal Julai lapor terima 29 permohonan untuk Lesen Bank Digital di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Tempoh pandemik ini saksikan lebih banyak pengguna menggunakan produk perbankan digital untuk melakukan urusan perbankan mereka dan lakukan transaksi. Namun apakah cabaran perbankan digital untuk bank di Malaysia sekarang dan bagaimanakah peluang dan persaingan yang wujud daripada syarikat ‘fintech’ lain? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengarah Serantau untuk Asia, Backbase, Riddhi Dutta, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan RHB, Dr Siew Chan Cheong dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Digital Assets dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘N Go, Effendy Shahul Hamid.