Moratorium Automatik | Kenapa susah sangat BNM arah bank komersial?

Jun 27, 2021, 06:34 AM

Arahan pelaksanaan moratorium automatik perlu dikeluarkan kerajaan dan disokong Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kadar segera, kerana rakyat makin menderita dan berasa tertekan dengan keadaan ekonomi semasa.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata tanpa desakan atau arahan daripada BNM, bank-bank komersial yang berteraskan keuntungan tidak akan melaksanakan moratorium.