Hari PKS Sedunia | Adaptasi digital, kenapa PKS terkebelakang?

Jun 27, 2021, 02:53 AM

Bank Dunia dalam satu laporan baru-baru ini mendedahkan, di Malaysia, lebih 98 peratus daripada 920,624 perniagaan terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS.

Walaupun menjadi tulang belakang penggerak ekonomi Malaysia, adaptasi digital dalam kalangan peniaga PKS amat terkebelakang.