Cerita Sebalik Berita: Kajian IPSOS | Reaksi Menteri Dalam Negeri

Jun 25, 2021, 10:51 AM

Malaysia menjadi negara kedua selepas Turki dalam dasar menutup sempadan untuk pelarian. Berdasarkan tinjauan pendapat yang dijalankan syarikat kajian pasaran yang berpengkalan di Perancis, IPSOS, rakyat Malaysia kurang menerima pelarian ketika tempoh pandemik yang dicatatkan pada kadar 59 peratus, selepas Turki yang mencatatkan 67 peratus. Kadar penerimaan Malaysia hanya berada pada tahap 10 peratus, manakala 32 peratus lagi dalam kategori tidak pasti.