Cerita Sebalik Berita: Jumlah Orang Asli Gua Musang daftar vaksin rendah

Jun 24, 2021, 11:53 AM

Dianggarkan seramai 100 orang daripada 16,000 penduduk Orang Asli di daerah Gua Musang, Kelantan yang mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang, Dr. Muhd. Rafiq Mohd. Kasri berkata, kesemua Orang Asli itu telah mendaftar melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Tok Batin kampung mereka.