Pengambilan Guru | Berupaya selesaikan isu kekurangan guru

Jun 20, 2021, 06:49 AM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pengambilan khas melibatkan 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pengambilan berskala besar itu dilakukan secara one-off bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan guru.