AWANI Pagi: Hari Bapa: Kawalan emosi dan tekanan berdepan pandemik dalam kalangan bapa

Jun 19, 2021, 01:15 AM

Bapa merupakan tulang belakang kepada sesebuah institusi keluarga yang memerlukan seseorang individu itu melakukan banyak perngorbanan demi keluarga. Peranan sebagai seorang bapa juga bukan hanya terletak kepada lelaki namun wanita yang kehilangan suami dan sebagainya. Kini di era pandemik COVID-19, peranan bapa perlu diperkuat, individu yang menggalas tanggungjawab ini menghadapi pelbagai cabaran baharu dalam memastikan institusi keluarga kekal selamat dan sihat termasuk memastikan pembangunan keluarga berterusan.