Niaga AWANI: Laporan Impak Futurise | Apa impak yang dicipta pada 2018-2020, apa seterusnya?

Jun 17, 2021, 02:30 AM

Futurise telah mengeluarkan Laporan Impak (2018-2020) yang dikenali sebagai ‘Futurise Regulatory Summary for Stakeholders’ (FiRST), yang mengetengahkan peranan utama syarikat tersebut dalam menerajui inisiatif National Regulatory Sandbox (NRS) dan sebagai Penasihat Dasar Awam untuk industri dan kerajaan dalam membentuk Ekonomi Masa Hadapan. Futurise telah berjaya mencipta peluang pekerjaan dalam pelbagai industri melalui inisiatif National Regulatory Sandbox dan memberi kesan serta mewujudkan lebih daripada 32,250 peluang pekerjaan melalui pelbagai program dan inisiatif yang diusahakan. Saksikan temubual Editor Astro AWANI Rizal Zulkapli dan Ketua Pegawai Eksekutif Mahadhir Aziz.