Niaga AWANI: Mampukah perusahaan sosial teruskan tanggungjawab kepada komuniti, 'beneficiaries'?
Jun 16, 2021, 03:19 AM
Apakah pandangan perusahaan sosial tentang Pelan Pemulihan yang diumum kerajaan? Bagaimanakah operasi perusahaan sosial terkesan akibat ‘total lockdown’ ini? Adakah kualiti hidup dan pendapatan ‘beneficiaries’ mereka terjejas? Bagaimana kerajaan boleh permudahkan proses untuk bantu perusahaan sosial ini? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Komuniti Tukang Jahit, Yap Sue Yii, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Drop & Wash, Zarina Ismail dan Pengasas Masala Wheels, Kuhan Pathy.