[TERKINI] Menghadap Yang di-Pertuan Agong | Pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar Ibrahim

Jun 09, 2021, 05:50 AM

Episode image
Isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.