[TERKINI] Jumlah kes positif baharu COVID-19 sebanyak 9,020 kes

May 29, 2021, 09:26 AM

Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,836 kes.