[TERKINI] Bicara kes rasuah visa Zahid Hamidi hari ini

May 24, 2021, 05:55 AM

Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem visa luar negara (VLN) bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan pendakwaan dijangka memanggil dua atau tiga saksi untuk memberi keterangan.
Perbicaraan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.