PKP Selangor, KL | Waktu operasi rel, bas Prasarana seperti biasa

May 06, 2021, 09:06 AM

Perkhidmatan awam termasuk  rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kekal menjadi pilihan pengguna. Pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor, hari ini.

Tinjauan Astro AWANI di Stesen KL Sentral mendapati, penumpang  berpusu-pusu terutamanya pada waktu puncak. Bagaimanapun, situasi masih terkawal dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.