[TERKINI] Ordinan Darurat | Parlimen bersidang bila tiba masa sesuai - Takiyuddin

Apr 26, 2021, 05:10 AM

Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil apabila tiba masa yang sesuai sama ada sebelum atau selepas darurat ditamatkan pada 1 Ogos ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ia bergantung kepada nasihat dan pandangan pakar daripada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).