[TERKINI] Pemeriksaan Haid | Guru dan sekolah boleh didakwa - SUHAKAM
Apr 24, 2021, 06:38 AM
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), mengesa Kementerian Pendidikan Malaysia mendakwa guru-guru dan sekolah yang melakukan "pemeriksaan haid".
Menurut Pesuruhjaya Kanak-Kanak Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal tindakan tersebut jelas menunjukkan wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual.