[TERKINI] Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Kelantan

Apr 21, 2021, 10:46 AM

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) di tiga lagi jajahan di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Keputusan terbaharu yang akan berkuat kuasa bermula 22 April sehingga 29 April itu menyebabkan seluruh Kelantan kini menjalani PKP.