Belanjawan 2021: Lanjut moratorium automatik pada industri terjejas

Nov 06, 2020, 07:14 AM

Kerajaan perlu memberikan lanjutan moratorium automatik  kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan, perhotelan, peruncitan, makanan dan minuman serta sektor yang terjejas teruk kesan penutupan akibat COVID-19.
Menurut Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong lanjutan moratorium secara automatik itu juga harus dilanjutkan sehingga Mac tahun hadapan.