Kelemahan literasi kewangan rakyat Malaysia

Nov 05, 2020, 11:30 AM

Kaji Selidik Literasi Kewangan Malaysia Ringgitplus (RMFLS) 2020 mendedahkan sebanyak 16 peratus responden mengakui tidak bersedia menyambung semula bayaran balik pinjaman selepas tempoh moratorium berakhir pada September lalu.
 kaji selidik secara dalam talian itu melibatkan seramai 10,628 responden di seluruh negara, merangkumi 51 peratus lelaki dan 49 peratus perempuan daripada pelbagai kumpulan demografik.