Jantung saya sentiasa laju, kenapa?

Nov 05, 2020, 05:54 AM

Degupan jantung laju, palpitasi jantung, atau takikardia, secara ringkasnya, adalah perasaan bahawa jantung anda berdegup dengan laju.
Anda mungkin akan merasa seperti jantung berlumba, atau berdegup pada kadar yang tidak normal.
Simptom ini bukan sahaja berlaku selepas kita minum kopi atau apabila kita rasa nervous dan cemas.
Ini sebenarnya satu simptom yang mungkin beri bayangan kepada tahap kesihatan kita atau kemungkinan wujud penyakit lain yang tidak diketahui.
Untuk menceritakan tentang punca degupan jantung laju dan apa jenis penyakit yang berkait dengan situasi ini, bersedia bersama kami pagi ini, Dr Hafisyatul Aiza Zainal Abidin, Pakar Kardiologi UiTM Private Specialist Centre UPSC.