Ambil lebih RM1.01 juta dari rumah Ku Nan

Jun 29, 2020, 08:31 AM

Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini, beliau telah mengambil wang tunai berjumlah RM1,013,200 daripada bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu di kediamannya di Jalan Duta untuk kegunaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 2016. Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, 42, yang kini usahawan berkata, duit itu kemudiannya diserahkan kepada Pengarah Jentera PRK Sungai Besar ketika itu, Datuk Rizalman Mokhtar di Ibu Pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).